PENGENALAN
Setiap anak adalah amanah daripada Allah yang perlu dididik dengan sebaik mungkin. Kehadiran mereka bukan hanya untuk menceriakan ibu dan bapa, tapi para ibu bapa bertanggungjawab mengasuh anak sehingga akhirnya menjadi pewaris mata rantai perjuangan Rosulullah SAW. Anak-anak perlulah dipersiapkan dari pelbagai sudut berteraskan Al-Qur'an & sunnah agar pembinaannya berlaku secara menyeluruh. Semoga kepayahan ibu bapa terbalas dengan amal soleh daripada anak sebagai bekal di alam qubur & Hari Akhirat kelak.
NAZIM (Nadi Al Azim) atau Kelab Anak-anak Hebat adalah satu kelas yang dianggotai oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. 
Kanak-kanak lelaki (banin) diwakili oleh lambang anak singa untuk menggambarkan kegagahan, ketangkasan dan keberanian yang ingin diperkasakan dalam diri mereka.
Manakala kanak-kanak perempuan (banat) pula diwakili oleh kuntuman bunga untuk menunjukkan sifat kelembutan, kekemasan dan keceriaan pada diri seorang kanak-kanak perempuan.
VISI
Melahirkan generasi pelapis untuk mendukung dakwah Islam
MISI
Membina sahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
OBJEKTIF
1) Memupuk perasaan cintakan Allah, Rasul dan ibu bapa
2) Membentuk sifat berani dan berketrampilan
3) Melatih kemahiran bergaul/ bersosial
4) Melahirkan anak-anak yang menghormati dan mendukung fikrah Islam secara menyeluruh/ syumul
5) Membentuk jati diri seimbang sebagai seorang muslim
6) Menjadikan NAZIM sebagai institusi pendidikan

KEAHLIAN & PENYERTAAN


Terbuka kepada anak-anak berumur 6-12 tahun.
PROGRAM 
Dalaman (Indoor) :
Kem Solat
Kraftangan
Tilawah & Hafazan (Huffaz Cilik)
Pengucapan Awam (Public speaking)
Pengurusan Diri 
Pertahanan Diri
Bercerita
Luaran (Outdoor) :
Berenang
Jalan-jalan (Rehlah)
Karnival Sukan NAZIM
Karnival Kesenian Islam NAZIM
Kem & Riadah

HUBUNGI KAMI (DAERAH HULU LANGAT):
(PENDAFTARAN, PERTANYAAN)
(01-)
(01-)